Isnin, 30 Disember 2013

Menuju Allah yang esa..







6/2/2014 12.25a.m

Tinggal 5 hari lagi untuk aku berangkat ke tanah suci Mekah..ya Allah kau permudahkanlah segalanya urusan2 ku untuk menuju ke rumahMu..ampunkanlah segala dosa2 ku..hanya keredhaan Mu yang aku harapkan..30 tahun aku bernafas di bumi ini selama itulah diri ku penuh dengan kesilapan kealpaan kekhilafan sungguh berat diri ini dengan dosa2 kecil dan dosa2 besar..


Alhamdullillah aku selamat pulang ke tanah air pada 23/2/2014 jam 8.30 pagi di LCCT airport..sampai JB lebih kurang 4.30 petang..Alhamdullillah ketenangan yang ku cari telah aku jumpa di sana..sedih rasa hati nak tinggalkan bumi Mekah dan Madinah..air mata sentiasa mengalir saat berpisah dengan Nabi Muhammad SAW dan kiblat kita KAABAH..selama ni sembahyang tengok Kaabah dekat sejadah bila tengok depan2 macam2 perasaan ada datang..rasa diri ni kerdil rasa sayu dan macam2 lagi..mungkin ini perasaan aku yang pertama kali berkunjung ke tanah haram Mekah dan tanah haram Madinah..


Dalam Masjid Nabawi


Di puncak Jabalrahmah


Indahnya Kaabah


Ber'selfie' jap ngan mylovemom n makcik2 ku


Pemandangan luar Masjidil Haram Mekah


Pemandangan luar Masjid Nabawi Madinah

Bergambar sesaje..




Masjid quba'


Bir Ali


Makam Nabi Muhammad S.A.W

Bila dah balik malaysia rasa rindu pulak dengan pengalaman aku berada dia tanah arab saudi..harapan aku cuma satu Ya Allah izinkan aku untuk menjejakkan kaki ke rumah Mu lagi..


Ahad, 23 Jun 2013

Kursus Kahwin step1

 22/6-23/6 aku ngan En Iman menghadiri kursus kahwin..best gak kn dgr pnceramah tu bg penerangan  ttg bab akidah,bab kahwin,bab cerai,komunikasi dll lg..rasa cm cepat masa b'lalu tup2 kitorang dh dpt sijil..lega rasa..melebor senyum..Alhamdullilah syukur sgt2..(padahal mata amatlh mngantok pepagi morning dh bgun rush masa jauh tuu pasir gudang)

Muka hari pertama aku...



Muka hari kedua pulak..


Nampak x betapa lebor kn senyuman aku..hahahaha..

Lastly En Iman dpt lucky draw sumbangan penganjur kursus kahwin..b'tuah eik..aku dpt tgok je je je..


Korang mesti nk tau kn dlm tu ape?Dalam ada kain potong utk wat bju melayu..siapa nk tolong jahitkn sila wechat aku..
Tp sebelum tu aku kena cari lak baju kurung yg nyama colour ngan kain itu utk aku pulak sbb nk sedondon lh kaedah nyer gitu birah berama kn..

Isnin, 22 April 2013

I'm back

Lama benor x hupdated kt blog ni kerana luper password..ok bye..

Selasa, 26 Jun 2012

AKU dan L.A

     21 july 2004 untill present aku b'khidmat dengan kilang LA.hehehe.punyerlah setia kukorbankan.dah nak masuk 8 tahun kerja tempat yang sama tak tukar2.nak kata kilangnyer bagus,tak lah bagus sangat tak lah teruk sangat tengah2lah..nak kata ada dapat bonus banyak,tidak jugak.kalau OT pun nak dapat 2.0 punyerlah payah.tapi yang pasti kenaikan gaji tahunan tak pernah miss tak kiralh ekonomi drop ke ekonomi up ke tiba time naik gaji nama aku pun akan dipanggil untuk menyain increment letter.thanks boss tak lupa pekerja bawahan macam aku.
     
Mesti korang nak tanye kan "tak pernah ke aku cuba2 interview kerja lain ke?" dari start aku kerja sampai sekarang di mana ada peluang aku akan cuba mana tau nasib menyebelahi aku tapi t'nyata semua tidak memihak pada aku.

24.july.2004 aku pernah ponteng kerja masa tu baru kerja 3 hari boss dah fikir aku cabut rupe2nye aku interview polis@PDRM tapi polis wanita tu cakap tangan aku bengkok macammane nak pegang pistol?nanti t'sasar katanye.jadi ujian fizikal aku gagal.

Disusuli tahun 2005 aku interview tentera@TLDM pulak.t'lepas open interview dekat sekolah tasek utara aku kejar peluang tu,pergi interview dekat sekolah ape ntah area muar sampai menipu enggineer aku tapi gagal jugak kerana rabun tahap gaban.dewan tu yang salah pencahayaan kurang + cuaca luar masa tu hujan terang2 memang gelap kantoilah yang aku ni rabun.

2006 ke 2007 aku pergi interview dekat pejabat buruh ada kilang ape ntah buat open interview sama gak gagal.yang sebenarnya HR tu tak nak amik perempuan untuk bahagian teknikal.

2008 - 2009 aku stop tak nak interview bagai ni..asyik gagal je..nyampah..

2010 continue balik mencuba nasib.ni rekemen dari member.kilangnyer dekat desa cemerlang jauh meredam tu tapi tak tau ape sihir yang dah kena pada aku dah separuh jalan nak pergi interview tiba2 badan aku lain macam,berhenti je kereta,aku muntah2 sampai hilang seluruh tenaga nasib baik area jb banyak orang boleh membantu pakcik ngan kakak aku yang hantar pergi klinik.kesimpulannye aku dah buat rekod buruk dah janji nak datang tapi tak dapat datang without inform.pergi kali ke 2 memang sah gagallah kan..

hehehe.27hbjune aku ada interview harap2 tak moh jadi ape2lah eik..good luck hajar..

kalau interview ni gagal jugak jawabnye L.A setiaku di sini bak kata ziana zain


Ahad, 4 Mac 2012

persiapan ke guangzhou china...episode 2...

esok sudah mahu naik flight ke china..huhu seronoknyerr..barang2 pun dah lengkap untuk keperluan di sana nanti..baju sejuk,topi,ear warmer beli di universal traveller jusco tebrau city..kasut beli di u mall..makanan,biskut2 n stokin beli di jusco taman u..lilit2 di leher tu je yang beli dengan sepupu.

ear warmer

tutup kepala


baju sejuk

ketiga-tiga barang tu beli di kedai ini
'thanks u belikan barang ni semua untuk i..'-terharu-

haa yang di bawah ni aku modal sendiri...

stokin

kasut


mudah-mudah perjalanan aku sekeluarga semuanya selamat..bye bye..

Khamis, 1 Mac 2012

persiapan ke guangzhou china...

lagi 3 hari aku nak terbang ke china..huhuhu..guangzhou i'm coming!!! kakak aku cakap cuaca di sana 11 darjah celcius cam sejuk!!..aircond yang 16 darjah celcius aku dah gigil kesejukan inikan pulak 11 darjah celcius..almaklumlah lahir di london b'darah sejuk #perasan gitu aku ni..kalau member lain sibuk prepare barang baby aku pulak sibuk prepare nak ke china yang pergi sekali je lah a'ah seumur hidup..haaiissshh..
kalau di sana sejuk mestilah kena ada baju sejuk kan??baju sejuk bulu kambing gitu..mana nak cari??aku ni kalau boleh nak beli murah2 saje elakkan pembaziran..kepada member2 yang nak aqiqah kambing untuk anak2 bulu nyer bagilah aku sempat lagi jahit buat baju..
topi aku pinjam dengan sepupu aku = ok settle
tu yang lilit2 di leher pakai selendang boleh kan??..tak stail pulak nantilah cari dalam masa 3 hari ni boleh dapat kot
kasut = kasut futsal ada kasut untuk bawa b'jalan takde takpe2 akan di beli..usahakan sampai dapat..
kesimpulannyer yang aku dah beli cuma sarung tangan sajer..hahaha..meh sini aku kepilkan gambor..



rock!!!
peace yoo!!!
playboy...

ni muka aku yang tak sabor nak ke china..biar papa asal b'gaya..huhu...

alamak bilik ada sepah sikit